Pagi isnin lepas masa drive ke opis, dah dgr dj radio ikim Ustaz Zambri baca email ni…menggigil bila tau penderma tu seorg pelajar tahfiz dan alasan yang diberi oleh bapak arwah..
Subhanallah patut la mula2 dulu ahli keluarga arwah tak nak identiti penderma dikenali.
Patut juga la kenapa jatung tu tak sesuai…Allah Maha Mengetahui
Selamat membaca..moga kita dpt iktibar dan muhasabah diri.
Salam
ycb
Assalamu`alaikum,
Kepada semua pembaca budiman. Kenapa jantung yang didermakan kepada
pengguna jantung mekanikal di IJN tu tak sesuai? Adakah kerana Allah
ingin memelihara jantung suci daripada masuk ke badan yang tidak suci
(bukan Islam). Wallahua’lam.
Untuk makluman, jantung yang datang dari Ipoh adalah jantung seorang
pelajar Tahfiz yang "brain death" kerana dilanggar lori. Saya
sertakan tulisan Dr. Suhaini yang bertanggungjawab mengeluarkan
jantung tersebut.
Semoga menjadi pengajaran.
Wassalam.
From: "Dr. Suhaini Kadiman" <suhaini@ijn. com.my>
To: <amalmedic>
Date: Thu, 4 Oct 2007 08:13:49 +0800
Subject: [amalmedic] Apakah pengorbanan kita?
Assalamualaikum wbr,
Semalam, 21 Ramadhan, sewaktu saya bersiap-siap untuk pulang ke rumah selepas menyelesaikan kes-kes di OT, saya telah mendapat panggilan ‘donor procurement’ daripada hospital Ipoh . Penderma adalah seorang Muslim 15 tahun, diagnosed brain death 11 am, selepas severe head injury akibat kemalangan jalan raya.
Persiapan rutin mengambil masa beberapa jam dan kami sampai di hospital Ipoh menggunakan penerbangan RMAF pukul 8 mlm. Selepas sampai di Hospital Ipoh barulah saya mengetahui cerita sebenar.
Penderma merupakan seorang pelajar Maahad Tahfiz yang sedang menduduki peperiksaan PMR, baru 2 paper. Dalam perjalanan pulang dari sekolah menunggang motorsikal, beliau telah dilanggar lori dan mengalami severe head injury. Selepas berusaha untuk menyelamatkannya gagal dilakukan, pihak Hospital Ipoh telah bertanyakan kemungkinan menderma organ-organ tubuhnya kepada kedua ibubapanya.
Untuk pengetahuan sahabat-sahabat, penderma dikalangan orang Islam adalah yang paling rendah sekali, dan sepanjang saya bertanggung jawab terhadap program ‘donor procurement’ 4 tahun kebelakangan ini tidak pernah saya berjumpa dengan penderma Muslim. Ini adalah kali pertama persetujuan menderma diperolehi dengan mudah daripada sebuah keluarga Muslim.
Apa yang membuatkan saya termenung sejenak dan bermuhasabah diri adalah apabila mendengarkan alasan yang diberikan oleh si bapa. Alasannya, sekiranya anaknya tidak dapat hidup untuk berbakti kepada agama dan masyarakat, biarlah organ-organnya memberi nyawa kepada yang memerlukan, mudah-mudahan penerima organ-organ tersebut akan dapat berbakti kepada agama dan masyarakat..
Sahabat sekelian, teringat saya kepada cerita pengorbanan para sahabat di zaman RasuluLah, yang sanggup mengorbankan nyawa anak-anak mereka demi perjuangan Islam. Dan dalam hal ini, bukan sahaja si anak tersebut terkorban dijalan Allah (menuntut ilmu) akan tetapi organ-organya juga terus berbakti untuk umat manusia.
Sahabat sekelian, sewaktu bertarawikh di celah-celah almari baju di OT Hospital Ipoh , saya termenung dan berfikir; sejenak saya merasa bangga kerana masih ada dikalangan ornag Islam yang berjiwa besar seperti ini. Sejenak pula saya merasa sedih, kerana lebih ramai lagi umat Islam yang berjiwa pengecut dan enggan melakukan pengorbanan. Saya bertanya pada diri sendiri, sekiranya perkara yang sama berlaku kepada anak-anak saya sendiri, sanggupklah saya memberikan consent untuk pendermaan organ? Alangkan untuk menyumbangkan sedikit harta wang ringgit pada jalan Allah pun saya amat keberatan inikan pula anak-anak yang saya cintai. Apakah ini nilai yang saya peggang sebagai pejuang Islam? Alangkah malunya saya di hadapan Rabbul Jalil.
Proses ‘harvesting’ berjalan dengan amat lancer. Malah sepanjang 4 tahun saya melakukan tugasan ‘harvesting’ inilah kali pertama proses berjalan dengan amat lancar. Seolah-olah menandakan keredhaan sipenderma dan ahli keluarga beliau keatas organ-organ yang didermakan.
Sahabat sekelian, marilah kita membacakan sepotong AlFatihah untuk roh simati, Mudah-mudahan rohnya diterima Allah sebagai roh orang-orang yang mati syahid. AlFatihah.
Bagaimanakah pula dengan kita? Apakah kesudahan kita adalah dengan kebaikan? Mudah-mudahan kita dapat mempunyai kekuatan sebagaimana kekuatan sibapa yang sanggup mengorbankan apa sahaja untuk tujuan kebajikan.
WalLahu ‘alam.
Suhaini
Entries (RSS)
salam, terharu saya membaca luahan daripada Dr. Suhaini. Jujur dan ikhlas saya katakan bahawa, saya begitu kagum dengan keluarga penderma organ dari Ipoh itu. Niat keluarga penderma begitu ikhlas untuk menolong orang lain.Mengapa saya mengatakan sedekian, hal ini kerana saya ingin merujuk pengalaman saya sendiri. Sebelum menjejakkan kaki ke universiti saya begitu jahil dengan isu - isu donation tetapi saya mula belajar tentang isu ini kerana ajakan daripada kawan untuk menderma darah. Itulah kali pertama menderma darah setelah beberapa kali di pujuk.
Waktu itu umur saya 20 tahun dan merupakan pelajar tahun pertama di UMS. Selepas daripada itu, saya mula berminat untuk tahu dengan lebih lanjut tentang donation ni..dan pada semesta seterusnya saya sekali lagi menderma tanpa paksaan sesiapa tetapi dari kehendak diri saya sendiri kerana waktu itu saya sudah mengerti kepentingan donation itu sendiri walaupun terdapat segelintir rakan - rakan mengatakan bahawa apabila kita menderma darah, berat badan akan bertambah, kita akan mudah di serang deman la dan macam - macam lagi tohmahan negetif tetapi waktu itu saya tidak sedikit pun terpengaruh kerna daripada pengalaman pertamalah saya tahu banyak perkara tentang kesihatan tubuh badan saya, jenis darah saya dan macam - macam lagi yang mana sebelum ini saya langsung tidak mengambil berat. Apa yang ingin saya kongsikan di sini ialah walaupun blood donation sentiasa di anjurkan namun tidak ramai yang berminat untuk menderma terutama pelajar Universiti. Mengapa tidak ramai yang sudi menderma darah? sakitkah? atau masih lagi berpegang pada pegangan negetif tadi. Saya sendiri tidak pasti mengapa sukar bagi masyarakat kita untuk memulakan perubahan pandangan. Sesungguhnya ramai lagi yang memerlukan bantuan darah….